Penggunaan Lemak Manusia untuk Bahan Komestik

Posted: November 21, 2009 in berita, info, Misteri
Kejam dan tak terfikir dek akal , itulah yang difikirkan Mr J . Bayangkan Para penduduk ditangkap dan dibunuh semata – mata hanya kerana Nilai Wang , begitu kuasanya “wang” jika dibandingkan dengan satu kehidupan. Kejadian ini berlaku di Peru dimana sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

*atau mungkinkah minyak wangi atau losyen yang kita pakai berhari – hari mengandungi sisa – sisa lemak manusia? eeeeee seramnyer..

Lemak manusia RM50,820 seliter

SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.


LIMA, Peru – Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin.

“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah,” kata Quiroz.

Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.


Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan.

Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini.

Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga.

Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang.

Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. – Agensi

Dunia semakin kejam, dahulu lemak haiwan sekarang lemak manusia pula dijadikan bahan kosmetik , Mr J percaya Makmal yang dikatakan itu mungkin diangotai oleh sindiket – sindiket Mafia antarabangsa .

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Leave a comment