Archive for the ‘berita’ Category

Mr J tertarik untuk menulis artikel mengenal sifat perkauman di Negara kita iaitu Malaysia . Anda ada berapa orang kawan berbangsa lain ? . Terus – terang Mr J bagitahu bahawa Malaysia masih lagi bersifat perkauman biarpun bukan dari segi luaran tetapi dalaman. Sepanjang pengalaman Mr J kerja CC dan akan berhenti hujung bulan ini , Mr J banyak melihat sifat – sifat perkauman masih lagi ada dalam diri individu tersebut .

Anda jangan terkejut bahawa sifat perkauman masih lagi menjiwai budak – budak sekolah rendah dan diantara ‘statment” yang Mr J dengar sendiri di Cyber Cafe :

Abu: Ui ko join tak budak “keling” tu nanti main bola? .
Ah Meng: malaslah aku .
*keling merujuk kepada bahasa yang merendahkan kaum India , tetapi “keling” bermaksud pahlawan di Sarawak.

Itu satu bahasa yang biasa Mr J dengar dalam Cyber Cafe ini. Yang menghairankan adalah mereka bukan orang dewasa tetapi budak – budak sekolah rendah lagi , siapa yang perlu dipersalahkan ? Sekolah , Ibubapa atau pengaruh rakan sebaya? .

Ali: oiiiii Babi ko , ko jangan tembak aku . tu pergi selamat kan tebusan dulu! .
Venajran: apa babi – babi ? ko tak makan babi jangan cakap babi!

Sungguh kasar bahasa mereka , nasib baik budak – budak kecik kalau orang dewasa mesti tak akan sebut tetapi sebut dalam hati sahaja.

Tapi yang bestnya kat CC aku ini ada satu kumpulan budak – budak sekolah rendah dalam 5 ke 6 orang dan 2 orang adalah budak cina dan selebihnya adalah Melayu , yang bestnya 2 budak cina ini fasih berbahasa melayu dan bercampur gaul dengan budak – budak melayu tapi yang tak bestnyer selalu je kena buli kawan – kawan dorang tapi buli kejap je esok datang cc lagi masih bersama . hah, itu budak – budak.
https://i0.wp.com/www.tonyfernandesblog.com/media/users/antff64/kids.jpg
Mr J bangga sebagai rakyat Malaysia , biarpun tak ada salji turun bila perayaan Cristmas menjelma , anda semua tak bangga ke? kita ada kawan India , Cina dan Melayu . Mr J ada terlihat satu Iklan di kaca TV mengenai 1Malaysia di mana budak – budak melayu , cina dan India main kawin – kawin lepas tu Mak mereka cari dan malamnya mereka Masak dan makan bersama dan ada satu klip yang best bila time ayam kena sembelih tu . Anda ada tengok?

https://borneoparadise.files.wordpress.com/2009/11/bangsamalaysiasmiles.jpg?w=300
Terus – terang Malaysia masih lagi ada sifat – sifat perkauman biarpun tak nampak dek mata tetapi dalaman siapa tahu. So , hentikan sifat sebegini , tengok dahulu Kad Pengenalan dan selagi anda warganegara Malaysia itu bermakna anda adalah Bangsa Malaysia.

Teringat kawan cina semasa Mr J masih budak dahulu Ah Kiong , dahulu panjat pokok sama – sama dan mandi sungai sama – sama . Dengar cerita dah jadi tokey “Mee kampua” kat Bintulu.

Gambar dibawah ini tiada kena mengena dengan Artikel diatas.

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements
Hari ini kita pergi ke dalam dunia haiwan pelik – pelik yang wujud bersama kita di dunia . Kita mulakan dulu dengan spesis binatang pelik ini.

Chinese Giant Salamander:

Sepesis ini dikatakan sering menganggu sekumpulan Perenang – perenang Negara China hehehe dan pernah juga dikatakan spesis ini pernah membaham seekor Burung bangau yang tengah melepak kat Central Market. Dan selepas beberapa minit babak kejar mengejar antara para perenang dengan si Salamander ini , akhirnya Salamander ini mengaku kalah kerana tersangkut kat “salahspender” mamat kat gambar dibawah.

pengeRIndu


Angora Rabbit
:

Kejadian berlaku di Bandar Tasik Selatan di mana sepasang kekasih memberikan hadiah yang disangkakan seekor kucing tetapi akhirnya telah membawa kepada ke’fobiaan kepada pasangan tersebut kerana haiwan yang disangka kucingnya itu telah menghabiskan segala sayur – sayuran terutamanya sayur carot , haiwan tersebut telah berjaya disahkan identiti setelah ujian dengan membalingkan beberapa Ikan Kekek dan Ikan Gelama ke arah haiwan tersebut tetapi tidak disentuh dan akhirnya balingan yang terakhir berupa sayur carot berserta voucher penginapan 8 malan 10 hari di Zoo Melaka disambut dengan lompatan bergalah si Kucing tersebut dan Identiti dikenalpasti bahawa haiwan tersebut adalah Angora Rabbit .

RabitbukanKucing

Giant Coconut Crab:

Ketam Kelapa Gergasi ini berasal daripada “Guam and other Pacific islands” Mr J tak tahu sangat Guam kat mana , yang Mr J tahu spesis ketam ini dikatakan suka melepak tepi – tepi tong sampah seperti mana bukti dalam gambar tersebut , ada satu cerita mengatakan bahawa libasan Penyepitnya itu mampu membelahkan sebijik buah kelapa muda (dah macam cerita sea monster pula) . Ada pula sumber yang tidak tepat mengatakan bahawa Ketam ini pandai juga memanjat kelapa dan sebuah dongeng dari selatan barat bahawa cerita pertandingan memanjat kelapa yang bertajuk “Aku Tidak segagah Munyit itu” .

Katok

Cantor’s Giant Soft Shelled Turtle:

Apa ke benda nama panjang sangat , isk tak larat Mr J nak taip . Senang je , sebut je si labi – labi . Mr J tak fikir labi – labi ini pelik tetapi Mat Salleh yang kata labi – labi ini pelik , mungkin bahagian kepala dia yang dapat memanjang sehingga dapat mencapai agak – agak ikut saiz badan si labi – labi ini. Yang pelik bagi Mr J , Mat Salleh cakap labi ini Turtle isk pening Mr J berdebat dengan Mat Salleh dalam YM semalam sampai terseliuh jari jemari halus Mr J.

Katok

Star Nosed Mole
:

Binatang ini lagi memelikkan Mr J , tengok muka dia macam star fish pula , haiwan ini tiada kat Malaysia lagi kalau ada pun mesti dah kena lastik dengan budak – budak nakal kat Kampung Mr J , “hidung bintag” ini duduk dalam bawah tanah buat penempatan haram . Ini mengingatkan Mr J mengenai Mole People.

alien

It lives in Canada and the East Coast of the United States. It favors a high protein diet of clams, snails, small rodents, mollusks and worms. It’s not a very big creature – about the size of a hand. But its 22 nose tentacles are hard to miss. They help the mole find food.

Climbing Fish:

Ikan memanjat ? hehe, lebih senang dipanggil je ikan tembakul ataupun ikan belacak . Ini juga menjadi perdebatan hangat hingga menyebabkan YM Mr J dihujani dengan kata – kata “its so weird” , “alien fish” dan sebagainya , mungkin kepada yang jarang dan tidak pernah melihat mungkin akan berkata bergitu tetapi kalau duduk di kampung mungkin akan mengatakan sebaliknya.

alien

Mr J kalau bosan memancing tak dapat ikan , kekadang belacak inilah dijadikan mangsa pancing dan lepas..

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Ada apa disebalik sebuah gambar ini? wanita ini mempunyai sejarah yang sangat mengerikan dalam hidupnya sehingga sekarang . Ingin Mr J Post kan semua gambar – gambar mengenai wanita ini tetapi tidak sampai hati , kenapa? biarlah anda sendiri melihatnya . Dan jika anda seorang yang kuat semangat sila baca lanjut di blog The unexplained world.

Kadang – kadang kita tidak dapat meramalkan apa yang berlaku pada diri kita. Mr J

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Kejam dan tak terfikir dek akal , itulah yang difikirkan Mr J . Bayangkan Para penduduk ditangkap dan dibunuh semata – mata hanya kerana Nilai Wang , begitu kuasanya “wang” jika dibandingkan dengan satu kehidupan. Kejadian ini berlaku di Peru dimana sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

*atau mungkinkah minyak wangi atau losyen yang kita pakai berhari – hari mengandungi sisa – sisa lemak manusia? eeeeee seramnyer..

Lemak manusia RM50,820 seliter

SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.


LIMA, Peru – Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin.

“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah,” kata Quiroz.

Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.


Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan.

Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini.

Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga.

Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang.

Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. – Agensi

Dunia semakin kejam, dahulu lemak haiwan sekarang lemak manusia pula dijadikan bahan kosmetik , Mr J percaya Makmal yang dikatakan itu mungkin diangotai oleh sindiket – sindiket Mafia antarabangsa .

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Mr J sebenarnya suka dan minat kepada benda – benda paranormal dan juga kejadian yang cenderung ke arah Sains angkasa , kekadang sampai sekarang Persoalan Misteri mengenai berbagai – bagai kewujudan di dunia ini masih belum dapat dirungkaikan oleh para manusia . Mr J tertarik dengan Perbincangan seperti tajuk diatas, bahawa adakah Binaan Piramid bukan dibina oleh Manusia sepernuhnya? . Nak tahu selanjutnya , mari kita baca artikel dibawah:

“Ramai yang telah mengetahui ataupun pernah mendengar cerita-cerita tentang piramid. Piramid adalah bangunan moden purbakala yang terdapat di Mesir. Bangunan ini disusun bertingkat-tingkat, semakin di-atas makin kecil. Piramid terdiri daripada ribuan bongkahan batu. Beratnya Setiap batu adalah disekitar dua ton. Ditafsirkan berat keseluruhan sebuah piramid itu mencapai jutaan ton. Jika disusunkan berderet maka panjang batu pada piramid Cheops, piramid terbesar di Mesir, melebihi panjang pantai Amerika dari utara ke selatan.

Bagaimanakah mereka membuat piramid, berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkannya, dan berapa ramaikah orang yang telah mengerjakannya? Sejak dahulu lagi para pakar masih belum boleh memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan. Hanya sebahgian sahaja misteri piramid yang berhasil diungkapkan, antara lain oleh arkeologi Inggeris Howard Carter terhadap makam Tutankhamen di dalam sebuah piramid.
Carter dan kumpulan ekspedisinya menemui terowong berikutan tangga yang tersusun rapi dan sejumlah catatan tertulis. Di dalam terowong itu terdapat makam raja dan keluarganya yang mayatnya sudah diawetkan (mumi). Perhiasan emas, prasasti yang berisi kutukan, dan gambar-gambar di-dinding. Masa yang diambil untuk melakukan ekskavasi di sini berlaku selama puluhan tahun.

Kajian
Ramai pakar berpendapat bahawa piramid didirikan mulanya dari bahgian bawah dan terus ke atas. Tangga naik, untuk meletakkan batu-batu di atasnya, menggunakan punggung bukit. Setelah bahgian tertinggi rampung, maka bukit tersebut dipangkas habis. Dengan demikian yang tersisa hanyalah piramid.

Yang masih bengang difikirkan adalah bagaimanakah mereka membawa batu seberat dua ton itu ke atas dan menyusunnya. Peralatan apakah yang mereka gunakan sedangkan diwaktu itu tiada peralatan dan kenderaan-kendaraan canggih saperti hari ini wujud? Kalau menggunakan batang pohon, bagaimanakah mereka menyeretkan batu yang sebegitu besar dan berat? Masalahnya, silap sedikit saja, boleh meragut beberapa nyawa manusia. lni kerana bentuk piramid Mesir sangat landai, tidak berundak sebagaimana piramid Amerika Selatan.

Ditafsirkan, piramid dikerjakan selama berpuluh-puluh tahun. Bahan bangunan kemungkinan besar berasal dari sepanjang sungai Nil dan daerah-daerah di sekitar tempat piramid berdiri.
Beberapa tahun lalu pakar-pakar Jepun, Perancis, dan negara-negara maju pernah melakukan kajian untuk membuat piramid tiruan. Mereka menggunakan alat-alat berat dan alat-alat modern, termasuk helikopter sebagai alat pengangkut batu.
Pada tahap pertama. mereka mengawalinya dari bahgian bawah. Ternyata pembangunan piramid tidak rampung. Begitu pula ketika dimulai dari bahgian atas.

Mengapa teknologi masa kini tidak mampu menyaingi teknologi purba? Benarkah pekerja-pekerja Mesir dahulu dibantu tenaga ghaib para jin dan dewa sehingga berhasil mendirikan bangunan super monumen itu?

Piramid Mesir tidak dibuat sembarangan. Ada kaedah-kaedah tertentu yang harus diikuti dan ditaati. Pada bahgian atas piramid terdapat sebuah lubang. Lubang ini menghadap ke arah matahari terbit. Hal ini tentu dimaklumi kerana bangsa Mesir purba menganggap dewa Ra (Matahari) sebagai dewa tertinggi. Uniknya, bila bentuk piramid direbahkan ke atas tanah, maka sudut-sudutnya tepat berada di garis lingkaran. Dengan adanya bentuk demikian disimpulkan bahwa pembangunan piramid direncanakan dengan teliti. Apalagi bayangan matahari pada piramid tadi menunjukkan musim-musim yang ada di tanah Mesir.

Menurut sejumlah ahli Egyptotogi (pengetahuan tentang sejarah dan kebudayaan Mesir), makna simbolik pada piramid begitu besar. Tulisan-tulisan hieroglif menyiratkan ada unsur-unsur magik pada bangunan tersebut.

Tiada siapa yang tahu…

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati

Koleksi MTV & Lirik lagu Best!

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Indah sungguh wajah Puteri Bikini,
sesat di hutan mencari sahabat,
Canggih sungguh teknologi kini,
Hotel mewah jangan disangka selamat.

Ha, amacam pantun Mr J kali ini dan secara tidak langsungnya artikel kali ini berkait rapat dengan baris – baris pantun diatas. Manusia memang tidak dinafikan lagi semakin maju dan semakin pintar bergitu juga dengan perkembangan teknologi . Dan dahulu kalau kita sering melihat siri cerita James Bon mungkin anda pernah melihat dimana James Bon mengunakkan Spypen untuk merakamkan video secara rahsia dan tanpa disedari . Itu James Bon dan sekarang anda pula boleh menjadi James Bon Malaysia dan mungkin Video lucah 3gp yang baru akan meningkat berlipat kali ganda akibat jika disalah gunakan.

https://i1.wp.com/www.syiok.com/classifieds/images/10304_2009031924.jpg

Boleh digunakan untuk :

1) Record video masa anda meeting, kelas, kuliah dan sebagainya. (toink~)
2) Ambil video secara spontan. Pen ini kecil anda boleh bawa ke mana-mana.
3) Boleh dijadikan Flash drive,simpan data sebesar 4GB.
4) Data boleh ditransfer dari PC viseversa.

Features:

1) Kecil dan mudah dibawa.
2) Rakaman Video dengan gambar.
3) Bercolour dalam bentuk AVI
4) Built in lithium battery.
5) Internal Memori 4GB.

Kamera:

1) Format video AVI 352×288.
2) Boleh rekod suara.
3) Saiz video +-500KB seminit.
4) Akan merekod sampai memori penuh selagi tidak off.
5) Lithium Battery.
6) Battery +-2jam.

Dan sekarang Spypen ini sudah membanjiri Pasaran Malaysia dan lebih membimbangkan harganya pula mampu dimiliki pelajar sekolah dan juga Mat – mat rempit . Bila Mr J memikirkan apa keuntungan Spypen ? ya memang banyak baik dan faedahnya tetapi lebih banyak yang bakal menggunakkan produk tersebut ke arah keburukkan .

https://i2.wp.com/www.syiok.com/classifieds/images/10304_2009031917.jpg

Canggih bukan ? kepada para pembaca diluar sana berhati – hati dan berjaga – jaga bila anda bermalam di hotel mahupun untuk ke tandas dan sila pastikan keadaan sekeliling bebas daripada pen dan kalau nampak pen ambik dan jangan pulangkan. Mungkin para – para Mat skodeng Malaysia telah mula tersenyum dengan teknologi seperti ini.

Lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan daripada Pen ini. Mr J

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Bukti : Air memang Wujud di Bulan .

Posted: November 14, 2009 in berita, Sejarah
Satu penemuan Ajaib dan bersejarah iaitu kewujudan air di Bulan . Mari kita baca sebahagian daripada kaji selidik para saintis dunia.

Bulan tetap lebih kering daripada padang pasir di bumi, tetapi air dikatakan ada di bulan dalam jumlah yang sangat kecil. Satu tan lapisan atas permukaan bulan akan menyelenggarakan sekitar 32 ons air, kata para penyelidik.

Jikalau benar terdapat air di bulan , Mr J percaya mesti banyak perbezaan rasa ataupun khasiat daripada air yang wujud di muka bumi kerana sumber air melibatkan secara langsung dan tidak langsung berlakunya air.

https://i2.wp.com/img39.imageshack.us/img39/8524/pagefde.jpg

  • Pesawat angkasa
Chandrayaan-1, India pertama-pernah bulan probe, bertujuan untuk pemetaan permukaan bulan dan menentukan komposisi yang mineral (misi pengorbit 14 bulan sebelum waktunya berakhir pada Ogos selepas tiba-tiba tidak berfungsi). Sementara penyiasatan masih aktif, yang dibina NASA Moon Mineralogy Mapper (M3) mengesan gelombang cahaya terpantul di permukaan yang menunjukkan ikatan kimia antara hidrogen dan oksigen – yang tanda baik tanda air atau hidroksil. Baca Selanjutnya disini.

Sekarang Air sudah dikesan di Bulan dan mungkin untuk 500tahun akan datang manusia akan mendiami Bulan dan Bumi dan mungkin juga adanya keretapi angkasa lepas untuk ke bulan ulang – alik itupun kalau kiamat tak berlaku pada 12.12.2012 .

Mr J yakin semua tidak ada mustahilnya sedangkan Kambing dolly berjaya diklon dan mungkin juga banyak experimen yang dirahsiakan seperti contoh “Area 51” .

Harap – harap dapat hidup untuk 500tahun walaooo eh~ Mr J.


sumber: space.com · aLin

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH