1Malaysia , Hentikan Sifat "perkauman" .

Posted: November 23, 2009 in berita, info, MyDiary
Mr J tertarik untuk menulis artikel mengenal sifat perkauman di Negara kita iaitu Malaysia . Anda ada berapa orang kawan berbangsa lain ? . Terus – terang Mr J bagitahu bahawa Malaysia masih lagi bersifat perkauman biarpun bukan dari segi luaran tetapi dalaman. Sepanjang pengalaman Mr J kerja CC dan akan berhenti hujung bulan ini , Mr J banyak melihat sifat – sifat perkauman masih lagi ada dalam diri individu tersebut .

Anda jangan terkejut bahawa sifat perkauman masih lagi menjiwai budak – budak sekolah rendah dan diantara ‘statment” yang Mr J dengar sendiri di Cyber Cafe :

Abu: Ui ko join tak budak “keling” tu nanti main bola? .
Ah Meng: malaslah aku .
*keling merujuk kepada bahasa yang merendahkan kaum India , tetapi “keling” bermaksud pahlawan di Sarawak.

Itu satu bahasa yang biasa Mr J dengar dalam Cyber Cafe ini. Yang menghairankan adalah mereka bukan orang dewasa tetapi budak – budak sekolah rendah lagi , siapa yang perlu dipersalahkan ? Sekolah , Ibubapa atau pengaruh rakan sebaya? .

Ali: oiiiii Babi ko , ko jangan tembak aku . tu pergi selamat kan tebusan dulu! .
Venajran: apa babi – babi ? ko tak makan babi jangan cakap babi!

Sungguh kasar bahasa mereka , nasib baik budak – budak kecik kalau orang dewasa mesti tak akan sebut tetapi sebut dalam hati sahaja.

Tapi yang bestnya kat CC aku ini ada satu kumpulan budak – budak sekolah rendah dalam 5 ke 6 orang dan 2 orang adalah budak cina dan selebihnya adalah Melayu , yang bestnya 2 budak cina ini fasih berbahasa melayu dan bercampur gaul dengan budak – budak melayu tapi yang tak bestnyer selalu je kena buli kawan – kawan dorang tapi buli kejap je esok datang cc lagi masih bersama . hah, itu budak – budak.
https://i2.wp.com/www.tonyfernandesblog.com/media/users/antff64/kids.jpg
Mr J bangga sebagai rakyat Malaysia , biarpun tak ada salji turun bila perayaan Cristmas menjelma , anda semua tak bangga ke? kita ada kawan India , Cina dan Melayu . Mr J ada terlihat satu Iklan di kaca TV mengenai 1Malaysia di mana budak – budak melayu , cina dan India main kawin – kawin lepas tu Mak mereka cari dan malamnya mereka Masak dan makan bersama dan ada satu klip yang best bila time ayam kena sembelih tu . Anda ada tengok?

https://borneoparadise.files.wordpress.com/2009/11/bangsamalaysiasmiles.jpg?w=300
Terus – terang Malaysia masih lagi ada sifat – sifat perkauman biarpun tak nampak dek mata tetapi dalaman siapa tahu. So , hentikan sifat sebegini , tengok dahulu Kad Pengenalan dan selagi anda warganegara Malaysia itu bermakna anda adalah Bangsa Malaysia.

Teringat kawan cina semasa Mr J masih budak dahulu Ah Kiong , dahulu panjat pokok sama – sama dan mandi sungai sama – sama . Dengar cerita dah jadi tokey “Mee kampua” kat Bintulu.

Gambar dibawah ini tiada kena mengena dengan Artikel diatas.

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Sila lawati: MTV & Lirik Lagu Best! dan Anda Berani Tengok? (Pesakit Jantung tidak digalakkan.)


Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Comments
  1. nQis says:

    nice thing to share…just keep-on blogging mate

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s