"Slumber ya ya" Radhi OAG dikenakan Waran Tangkap.

Posted: November 4, 2009 in Artis
Masihkah anda ingat lagu “Slumber” (destinasiku……uuuuu… destinasiku….) dan juga (kau umpama merparti putih… patah sayapnya diudara….) . Radhi OAG artis kelahiran Bumi Kenyalang telah dikenakan waran tangkap atas “bermain tali” .

Kalau tak silap Mr J , suatu ketika dulu heboh mengenai Isteri Radhi berkelakuan tidak senonoh … kalau tak silap…

Perintah waran tangkap Radhi OAG


RADHI (gambar kecil) mendiami sebuah apartmen di D’Shire Villa, Kota Damansara, Petaling Jaya.


PETALING JAYA – Vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali seolah-olah bermain tarik tali dalam kes permohonan pengesahan lafaz cerai kedua yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila dia sekali lagi enggan hadir pada prosiding itu.

Kedegilan Radhi, 32, itu menyebabkan Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengeluarkan perintah waran tangkap yang berkuat kuasa serta-merta semalam selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili plaintif, Shazlin Shariff, 31.

Waran tangkap tersebut merupakan waran kali ketiga yang dikeluarkan terhadap artis berkenaan sejak kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu disebut di mahkamah pada 25 November 2008.

Kali pertama waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi adalah pada 21 April lalu disusuli pada 24 Jun apabila sebelum itu Radhi telah beberapa kali dikenakan notis amaran atas alasan serupa.

Waran tangkap semalam akan diserahkan kepada Radhi melalui polis secepat mungkin. Radhi akan dibawa oleh polis ke mahkamah sebaik waran itu diserahkan kepadanya.

Terdahulu, Rubiah memohon mahkamah menggenakan waran tangkap terhadap Radhi selaku defendan kes itu kerana dia tidak hadir tanpa memberi sebab dan alasan yang kukuh.

Rubiah yang ditemui selepas prosiding memberitahu, Shazlin telah menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut.

ya kamek madah lok, kawin ngan owang sarawak ok agik.

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s