Jom Hitung seluar dalam Wanita , dapat hadiah tau . Tapi…

Posted: November 4, 2009 in Iklan, Isu Semasa

NGO marah iklan peraduan hitung seluar dalam wanita.

Bermacam ragam bila tengok pelbagai Iklan yang khasnya untuk para wanita , seperti contoh Iklan Tuala Wanita tidak pula kurangnya di kaca television tentu para pembaca pernah melihat Iklan seperti ” ah.. jangann pusing” yang dimana 2 ekor “rabbit” bersama seorang gadis di atas katil. hehe..

Tetapi yang tak masuk akalnya , adakah patut wujubnya Iklan Count The Panties Contest ataupun dalam bahasa Melayunya dipanggil “pertandingan mari mengira berapa seluar dalam” . Kenapa tak pula kira buah epal ke kira tin ke atau kira boyfriend ke.

Siapalah Pengurusan pemasaran dorang ini , tak kreatif langsung. huhuuh.. (selamber jek cakap org yerr.. kena banned mulut Mr J baru tau) . Tapi apa – apa pun yang lelaki jangan mengintip perempuan menyidai pakaian , manalah tau kot – kot nak kira seluar dalam . hehehe .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam.


Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut “tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam”, kata presidennya SM Mohamed Idris.


“Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita,” katanya.

“CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara.”

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan “iklan-iklan murahan” tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

“Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?” kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.

Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

“Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?” kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu menghendaki pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.

Hadiah itu pula dibayar dalam bentuk kredit panggilan telefon sama ada pascabayar atau prabayar.

Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini. sumber

*Nasib baik tak kira seluar dalam superman. Mr J

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.

Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s