Alahai Artis pun tak bayar PTPTN ?

Posted: November 1, 2009 in Artis
Anda sudah mula membayar PTPTN ? (tanya orang pula , diri sendiri belum tentu dah bayar) hehehe. Tapi kalau bagi Mr J ni yang Kurang Kaya atau sebagai orang awan @ rakyat biasa siapalah nak tahu pasal kisah hidup i . Eh, kesitu pula , ni ada satu cerita adakah patut status dah jadi artis popular dan anugerah pun banyak tak kan PTPTN tak dapat bayar kan ataupun tak reti cara macamana nak bayar Ptptn ? kalau tak reti Mr J boleh ajarkan click “bagaimana membayar PTPTN secara online”. Artis oh Artis .

Awal & Fahrin kena senarai hitam

APA pula jadi dengan dua bintang filem hebat Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad ni? Dia orang buat salah apa sampai disenarai hitamkan dan tak boleh keluar negara? Jangan terkejut pula. Dia orang tak bunuh orang pun cuma khabarnya ada hutang yang tak dibayar.

Dalam minggu lepas ada orang tanya Niezam macam mana nak cari Awal dan Fahrin sebab nak bagi tahu berita sedih kepada mereka?

Orang itu minta Niezam sampaikan, buat masa ni mereka tak boleh pergi luar negara takut nanti ditahan oleh pihak Imigresen.

Jadi, orang berkenaan minta Awal dan Fahrin jelaskan dulu hutang tertangguh dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kata orang itu lagi, Awal dan Fahrin ada buat pinjaman dengan tabung berkenaan ketika mereka belajar di UiTM Shah Alam tak lama dulu. Fahrin garaduan ijazah dalam bidang undang-undang manakala Awal pula diploma komunikasi di universiti berkenaan.

Tapi Awal sempat menyambung pelajaran di Universiti Limkokwing dan memiliki ijazah dalam bidang filem & Televisyen.

“Kalau Niezam jumpa dia orang tolong beritahu berita ni ya. Saya ni peminat dia orang. Tak mahu nanti timbul masalah pula bila dia orang nak keluar negara,” kata orang itu.

Menurut sumber PTPTN pula, nama Fahrin dan Awal baru saja disenaraihitamkan apabila agensi itu gagal mendapatkan respons selepas notis tuntutan dihantar.

Kepada Fahrin dan Awal, jangan nanti jadi macam Faizal Tahir pula. Gara-gara hutang PTPTN, dia hampir-hampir tak boleh ke Jakarta untuk Anugerah Planet Muzik tak lama dulu.

*pernah bermimpi berada disatu pentas dengan Maya Karin .😛

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.

Bookmark and Share

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s