Sebulan lebih lagi…

Posted: October 22, 2009 in MyDiary
Sebulan lebih lagi aku bakal meninggalkan profesion sebagai seorang “Executive Internet Accountant” dan akan balik ke tempat asal di Sarawak dan semestinya aku merindui segala keriuhan di dalam cyber cafe ini yang dimana dinamakan Xzel Zone Cyber Cafe dan juga budak dan remaja juga bakal merindui aku dan bergitu juga aku , manakan tidaknya bermula tidak sampai 1 bulan Cyber Cafe ini beroperasi kebetulan pada masa itu aku mencari pekerjaan kerana menanti tarikh konvocationku. Dan sekarang pejam celip waktu bersilih ganti akhirnya telah setahun lebih aku telah berkecimpung dalam arena Cyber Cafe .
Majikan aku iaitu En. Kumar memang seorang majikan yang prihatin dan memang susah untuk dicari aku diberi potongan KWSP (memang jarang melihat majikan Cyber Cafe memberi potongan kwsp bukan?) ingin aku meneruskan pekerjaan tetapi memikirkan masa depan dan umurku semakin meningkat aku terpaksa berhenti . Pekerjaan Cyber Cafe mungkin dianggap remeh bagi sebilangan individu yang tidak berapa mengenali komputer tetapi ramai yang mengatakan tugas penjaga cyber cafe hanyalah duduk sahaja serta online atau bermain game sepuasnya tetapi bukan bagi aku , disini aku telah diajar pelbagai mengenai komputer daripada format hinggalah ke clone dan sehinggalah ke server sistem dan aku pernah meng”install” kan perisian cyber cafe kepada cyber cafe yang lain dan mendapat wang lebih tanpa pengetahuan Bos aku (habislah aku kalau dia baca).

April 2008 merupakan bulan pertama aku memulakan kerjaya sebagai penjaga cc , ya aku memang meminati bidang IT dan juga komputer tetapi malang aku terpaksa mengambil bidang yang aku sendiri tidak menyukai kerana atas desakan keluarga aku terpaksa melupakan bidang IT dan juga komputer hanya pilihan yang tiada pilihan lain iaitu Bidang Pengurusan Peniagaan , terus terang aku mengatakan bahawa aku tidak menyukai subjek kira – kira apatah lagi jika subjek kewangan tetapi akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajianku dan mendapat segulung Diploma Pengajian Perniagaan , cukupkah sekadar Diploma? keluh ku sendiri. Tidak , dan aku memikirkan melanjutkan ke peringkat lebih tinggi lagi tetapi aku akan mengambil bidang IT pula , mungkin..

Dari pekerjaan “menjaga CC” inilah aku meluangkan waktu aku selama 12 jam dari pukul 10pagi sehingga 10malam dengan teman – teman alam maya aku sehinggalah aku mula berminat “blogging” dan tanpa pengajaran fomal atau lisan aku hanya berpandukan kepada google dan yahoo yang banyak membantu aku dalam arena blogging ini , dari blog personal sehingga ke mistik dan juga isu semasa , ramai yang mengatakan kepada aku Blog pengerindu.com ini kategori apa? , jawap aku , kalau ada kategori macam – macam ada sudah lama aku “tick” .

Aku akan menaip mengikut citarasa aku sendiri , sebelum memulakan sesuatu topik aku akan terlebih dahulu mengunakan butan pencarian untuk mencari maklumat. erkk, maaf – maaf aku rasa dah keluar tajuk pula , ingatkan nak cerita pasal dan nak berhenti kerja ni masuk bab blogging pula.. hahaha mungkin terlebih makan magge malam. Apa – apa pun terima kasih banyak – banyak kepada para pengunjung yang sudi luangkan masa sebentar dalam http://www.pengerindu.com tanpa anda siapalah Mr J …erk siapa Mr J ? clik tab about me atas tu banyak lagi cerita menarik tentang saya.

Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
“EmailkanArtikel anda ke pengeRindu.com

did’t understand my blog in Malay Language? just switch it on your language here.

Bookmark and Share

pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s