Seram: berdepan dengan Hantu 12thn yang lepas"

Posted: October 17, 2009 in Misteri, MyDiary

Alllllkisahhhh………

Untuk menaikkan aroma ketakutan dan keseraman sila pasangkan lilin dan hidupkan ubat nyamuk baca di dalam bilik yang gelap dan pastikan sunyi , berikut adalah kisah benar yang buat pertama kali dalam hidup Mr J untuk dikongsikan bersama – sama . Kisahnya bergitu 12tahun yang lepas:
Pagi yang bergitu sejuk di satu kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung Jeriah Abg Ramli bt7 sibu, Sarawak .

b.b dani agi, udah pukul 5.30pagi diatu” kata mak aku dalam bahasa iban yang menyuruh aku bangun daripada tidur. (bb nama samaran aku ketika itu)

ya” balasku.

Selepas bangun dari aku terus ke dapur dan membuka pili air dan terus membiarkan air mencurah – curah jatuh ke dalam baldi , disaat menanti air penuh aku sempat menjenguk ke luar dan melihat rumah jiranku .

monnn! , dah bangun takkk!” jeritku kepada kawanku yang juga merupakan jiran terdekat aku.

Masa itu aku masih lagi kalau tidak silap dalam linkungan umur 10 – 12 tahun . Keadaan di kampung memang mengitu sejuk dan kekadang mengerunkan dengan diselangi bunyi – bunyian unggas di belakang rumah .

Selesai sahaja mandi aku terus berlari ke bilik dengan keadaan kesejukkan dan cepat – cepat menyiapkan diri aku dan setelah siap aku terus turun ke luar dengan membawa muatan beg sekolah yang dianggarkan sekitar berdekatan 2kg . Dalam samar – samar kegelapan pagi aku melihat lampu suruh menyuluh ke arah aku dan aku tahu itu pastinya Mon dan adiknya Don .

Sejuknyee, ko dah siap tak kerja rumah cikgu suruh buat semalam” kataku kepada Mon

belum lagi , kakak aku tak nak tolong buat semalam” balas Mon.

Kami pun berjalan dengan ditemani lampu suluh , berjalan sampai di pinggir jalan dan menunggu Van Sekolah Apai Lebis untuk menghantar kami ke Sekolah yang jaraknya lebih kurang 10KM . Sedang asyik bergurau kami terlihat satu kelibat perempuan dalam lingkungan jarak 50-80 meter di hadapan kami , adalah sesuatu yang pelik jika seorang perempuan bersendirian berjalan dan wajah tidak beberapa kelihatan dengan pakaian persis pakaian baju tidur perempuan ditambah pula dengan bunyi langkah yang kuat seperti sesuatu diheret di tanah.

“Mon , ko nampak tak wanita tu” kata Mon kepada aku.

Nampak, ko tegurlah” jawapku

bb, aku seramlah” balas adik Mon .

Dan waktu itu hanya kami bertiga sahaja di pinggir jalan , kami memberanikan diri menegur kelibat tersebut yang peliknya perempuan tersebut tidak berganjak dan hanya berdiri disitu .

awak sapa , hantu ke manusia” jerit aku .

emmmmmm emmmmm” bunyi suara daripada perempuan tersebut.

pencurikah?” giliran Mon pula menegur dan adiknya Don hanya berdiam sahaja.

Kami seperti kehilangan akal pada masa itu , tidak tahu apa langkah yang hendak dibuat akhirnya..

“lariiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritku kepada Mon dan Don.

waaaaaaaaa!!! antu antuuuu!!!!” jerit Mon dan Don juga.

Kami terus berlari balik ke rumah saya dan mengejutkan keluargaku yang masih diulit mimpi dan ku lihat wajah Mon dan adiknya Don pucat manakala pula aku masih lagi seperti biasa cuma nafas agak tersekat .

Pagi itu hanya aku seorang sahaja pergi ke sekolah dan dihantar oleh Ayahku menggunakan motosikal kapcai manakala Mon & Don tidak ke sekolah kerana masih trauma lagi. Aku sempat menanyakan kepada rakanku di sekolah .

“ada tak nampak perempuan semalam pagi limpas korang ” soal aku

“tiada , kami macam biasa sahaja naik Van semalam” balas kawanku.

Dan sampai sekarang masih lagi misteri bagi aku , waktu itu tiada lampu jalan dan suasana kampung gelap dan sunyi.

Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
“EmailkanArtikel anda ke pengeRindu.com

Bookmark and Share

pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s