Durian Kura – Kura Berbuah di Pangkal (Miri Sarawak)

Posted: October 15, 2009 in Misteri
Salam sejartera semua , cuaca kek seromban mendung jew, para pembaca ingat tak posting mengenai Buah Durian berbuah dipangkal tempoh hari tetapi tidak dipastikan dimana , tetapi kali ini sedang Mr J baca – baca news Borneo Post dan ternampak satu artikel yang menarik iaitu Duria Kura – kura dari bekenu Miri, Sarawak pun berbuah di pangkal , jika dikomersilkan ia bukan lagi sesuatu yang pelik suatu hari nanti.
Durian kura-kura berbuah di pangkal pokok
KUCHING: Lazimnya durian berbunga, seterusnya berbuah di dahan pokok.

Bagaimanapun, pokok durian milik Siti Mawang dari Kampung Selanyau, Bekenu, Miri berbuah di pangkal pokok (seperti dalam gambar).

Cucu kepada Siti Mawang, Nasita Dollah, 28, berkata neneknya, Siti Mawang yang berasal dari Brunei Darussalam membawa benih pokok durian aneh itu dan menanamnya di kawasan rumah dan kebun mereka di apabila berpindah ke Kampung Selanyau lebih 80 tahun lalu.

Nasita yang bertugas di Hospital Umum Sarawak berkata datuknya Yahya Ahim pokok yang dikenali durian kura-kura itu mengeluarkan buah setiap tahun dan sentiasa dikunjungi penduduk untuk melihat sambil mengambil gambar buah aneh itu.

“Sejak kecil, saya telah melihat pokok durian itu mengeluarkan buah dan ia sering dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat sambil mengambil gambar buah durian aneh itu,” ujarnya sambil menunjukkan gambar pokok durian itu kepada penulis sewaktu ditemui baru-baru ini.

Mengenai ciri-ciri fizikal buah durian itu, katanya saiz buah itu adalah kira-kira sejengkal.

“Isinya pula berair dan manis… warnanya juga sama seperti buah durian biasa.

“Tetapi buah durian itu mengeluarkan bau yang agak berbeza dan pelik iaitu seperti bau kencing kura-kura,” tambahnya.

Nasita berkata ketika balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga baru-baru ini, dia sempat merakam gambar pokok durian aneh itu.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil buah durian itu berjumlah kira-kira 80 biji tetapi masih belum masak lagi.

Menurutnya, ramai orang datang untuk membeli buah itu tetapi neneknya hanya memberi sahaja kepada me-reka.

Nasita berkata bagi keluarganya pokok durian itu sudah tidak aneh lagi kerana ia sentiasa berbuah setiap tahun walaupun berbeza daripada pokok durian lain.

Dipetik dari The Borneo Post

Iklhas ,
Mr. J @ Bungai Pengrindu
www.pengerindu.com
“EmailkanArtikel anda ke pengeRindu.com

Bookmark and Share

pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s