Penipuan " Maybank2u " not MY

Posted: August 5, 2009 in Computer, hacker

Aku kekadang semakin muak dengan benda ni. boleh dikatakan setiap minggu aku mendapat email dari Maybank2u NOT MY . Tak juga habis2 hihihi.. banyaknya domain dorang daftar untuk tipu orang ramai , masalahnya orang Malaysia ni kan memang suka kena tipu. . Huh~

Perhatian:
Artikel ini tidak dibayar atau ditaja oleh Maybank atau mana-mana pihak, tetapi atas inisiatif penulis untuk kebaikan kita bersama.

>Jika anda menganggap artikel ini tidak bersesuaian atau anda rasa ia membuang masa untuk membacanya, sila abaikan.

Walaupun Maybank ada memaklumkan mengenai kegiatan penipuan ini di dalam site mereka, tetapi, saya rasa, modus operandi atau bagaimana anda ditipu, tiada diterangkan didalamnya.

Setiap hari kotak email kita menerima banyak email spam.
Tidak kurang yang terpedaya dengan penipuan dan kerugian banyak wang.
Jika anda kira, dalam sebulan mungkin anda ‘memenangi’ berbillion ringgit wang loteri yang anda sendiripun tak tau bila anda beli tiket loteri itu.

Dan penipuan yang paling popular sekarang ialah kononnya dari “Maybank” yang meminta anda menukar password dengan pelbagai alasan seperti server Maybank diserang virus atau Maybank suka-suka hati nak update profil pelanggan.

Saya sendiri yang bukan pemegang akaun Maybank, telah menerima 5 email spam sebegini dan apa yang menarik, penyangak-penyangak ini begitu kreatif sehingga ada yang mempercayai akan pemalsuan ini.

Maybank dalam website sebenarnya memberi amaran kepada pelanggan mereka akan ‘pishing scams’ ini.

Dan mereka juga menyertakan beberapa alamat-alamat ‘Maybank’ palsu tersebut sebagai rujukan pelanggan.
Spam yang saya terima ini tiada dalam senarai di atas. Pengirimnya menggunakan email security @maybank.com

Untuk makluman, Maybank tidak menggunakan .com tetapi .com.my iaitu http://www.maybank2u.com.my/

Perkataan Maybank.com merupakan ‘impression’ pertama mangsa yang percaya, ia adalah dari Maybank sebenar.

Kita lihat trend atau pola penipuan atau modus-operandinya.

1.Mula-mula pelanggan akan diberi impression bahawa ia adalah site Maybanl yang sebenar dengan menggunakan maybank.com

2. Pada skrin di bawah, mangsa akan melihat logo maybank2u. Mangsa akan terpedaya untuk peringkat kedua

3. Lihat pada step no.1 . Log in to Maybank online account (click here)

4. Sebaik mangsa klik di situ, mangsa dibawa ke site Maybank yang sebenar iaitu di maybank2u.com.my. Mangsa terpedaya peringkat ketiga.

5. Di sini mangsa akan meminta satu kod TAC darfi Maybank yang kemudian akan dihantar ke telefon bimbit anda.

6.Setelah anda mendapat kod terbabit, maka akan bermulalah episod ngeri seterusnya apabila anda akan memasuki satu site palsu di mana akan mengisi butiran anda dan nombot TAC itu.

7. Ia seakan-akan site maybank sebenar, tetapi ada tambahan TAC pada ruang ke 3.

8. Sebenarnya anda dibawa ke satu site palsu yang direka sebegini rupa oleh penyangak terbabit menyebabkan anda sebenarnya membekalkan maklumat rahsia akaun anda kepada mereka.

9. Setelah mereka mendapat maklumat tersebut, akan berlakulah proses seterusnya di mana mereka akan menggodam akaun anda dan melakukan pemindahan wang menyebabkan akaun anda boleh menjadi susut dalam masa beberapa minit.
Dalam proses ini, anda sebenarnya dibawa kepada satu lokasi yang sebenarnya tiada kena mengena dengan Maybank .Dalam kes ini, anda dibawa ke: mail.triplemetal.com dan mengikut alamat IP nya, maklumat diperolehi seperti berikut:

sumber asal : ondscene.my untuk rujukan semua.

Iklhas ,
Mr.J @ Bungai Pengrindu
Admin
www.pengerindu.com

Don’t forget to Follow / Subscribe Bungai pengrindu

|| Masalah Cinta?|| Novel Pendek || Blog Wiget|| Blog Template || TV1 Online || TV2 Online || TV3 Online || Ebook || Software|| Animasi Borneo ||

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada http://www.Pengerindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

adv_username = “jacky_romeo”;
adv_gid = “jacky_romeo_default”;
adtype = “468×60”;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s