Keling

Posted: August 4, 2009 in Isu Semasa, MyDiary, perayaan

Salam sejartera semua, Tajuk Keling ? menimbulkan tanda tanya dan pelbagai persepsi bukan. .

Cuaca yang indah , i pun sihat dari wabak Alergic yang telah menyerang i 2 hari lepas . Hari ini i ada story yang agak best dan harap – harap tidak menyentuh sensiviti kaum lain di Malaysia dan kalau adapun i tidak berniat langsung.

*ceritaku bermula..

Malam Sabtu i telah berkenalan dengan seorang lelaki India dan aku rasakan dia peramah, perkenalan itu kerana dia berminat untuk membuat tattoo selepas melihat lengan saya ada corak ukiran tattoo , dan kami pun berkenalan dan dia senang dipanggil Meganathan.

*dia menyoal aku satu soalan yang agak remeh bagiku..

“Bro Jack, u Sarawak kan, u bagitau i apa itu “Keling” ” soalnya kepada aku . Dan aku terus fikir hu~ mungkin dia nak tahu pasal Pahlawan Sarawak seperti Rentap . ” apa itu Keling?, kenapa pula u nak tau , kalau i cerita sampai esok pagi pun tak habis” balasku kembali . Dia pun menceritakan dari A – Z , oh baru sekarang i tahu bahawa maksud perkataan “Keling” untuk orang India adalah kurang menyenangkan , tapi kalau korang pembaca nak panggil i Keling Jacky or Jacky The Great Keling i tak kisah , bangga dan suka memdapat title Keling.
https://i1.wp.com/www.daftarwarisan.gov.my/admin/mypicture/20070704_081450_14092_ngajat4.jpg
Kumang & Keling

Keling of the Raised World (terbitan Fajar Bakti, 1991),oleh Jimmy Donald
Beliau(Keling) adalah seorang yang gagah, berani, dan juga mempunyai wajah yang cantik (Keling was so wise, brave, strong, fearless and handsome ).

https://i0.wp.com/www.dancemalaysia.com/Dance/Traditional/Folk_Dance_East/Ngajat_Iban/Ngajat1.jpg
Iban girl with ngajat dance

Di Sarawak ada pertandingan Kumang (Perempuan Tercantik memakai pakaian tradisi Iban) dan Pertandingan Keling ( Lelaki memakai baju tradisi Iban dan akan menari tarian Ngajat . Setiap tahun pada awal bulan JUN atai dikenali sebagai Hari Gawai.

Sikap Keling yang utama ialah berani. Seseorang pahlawan Iban yang dikatakan mendapat `pertolongan’ daripada beliau sudah tentunya sukar untuk ditewaskan oleh musuh mereka.

Hah!, kekawan . Kita bangsa Malaysia , berkongsi dengan pelbagai kaum dari setiap pelosok negeri dari Tanah Besar (Malaysia Barat) dengan Kepulauan Borneo (Sabah & Sarawak) . So , nasihat i hormat menghormat kaum dan bangsa lain. Itu mengenai serba sedikit mengenai Kepahlawanan “Keling” . Kalau rasa nak baca lagi hah.. tu teruskan membaca dibawah dari Neilson Ilan Mersat dari Canberra:


Authentic: An Iban dance being performed on stage.

By Neilson Ilan Mersat, Canberra.

Bagi masyarakat Iban di Sarawak perkataankeling sudah tentunya mempunyai maksud yang tersendiri.

‘Keling’ ialah nama seorang pahlawan dan menurut legenda masyarakat Iban beliau tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang dan isteri beliau bernama ‘Kumang’ adalah dari rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang.

Dalam bukunya yang bertajuk Keling of the Raised World (terbitan Fajar Bakti, 1991), Jimmy Donald menyatakan bahawa Keling mempunyai personaliti idaman setiap lelaki dalam masyarakat Iban.

Beliau adalah seorang yang gagah, berani, dan juga mempunyai wajah yang cantik (Keling was so wise, brave, strong, fearless and handsome ). Selain dari itu beliau juga dipercayai mempunyai kuasa ghaib (tau ajih) seperti boleh menghilangkan diri daripada penglihatan musuh serta mampu bertukar wajah serta memegang watak yang berbeza.

Sikap Keling yang utama ialah berani. Seseorang pahlawan Iban yang dikatakan mendapat `pertolongan’ daripada beliau sudah tentunya sukar untuk ditewaskan oleh musuh mereka.

Menurut masyarakat Iban seseorang yang berjaya berjumpa dengan Keling atau Kumang dalam mimpi mereka sudah pasti akan menjadikan seseorang itu berani dan menjadi pahlawan (Raja Berani).

Dalam bukunya, Tiga Belas Bengkah Mimpi (Tiga Belas Jenis Mimpi) (terbitan Borneo Literature Bureau, 1966), Benedict Sandin menceritakan bagaimana beberapa pahlawan Iban seperti Dana bensumbar Bayang , Orang Kaya Pemanca Nanang dan Unggang Lebor Menua, menjadi pahlawan dan amat digeruni kerana dipercayai mendapat `bantuan’ daripada Keling dan Kumang.

Cerita kepahlawan dan keberanian Keling juga berbagai dan sentiasa diceritakan (ensera) kepada anak-anak kecil orang Iban yang tinggal di rumah panjang. Misalnya orang-orang tua akan bercerita tentang kehebatan Keling dan bagaimana beliau menjadi seorang pahlawan yang sukar untuk ditewaskan oleh musuh.

Misalnya dalam buku Keling Nyumpit (Keling Menyumpit) (terbitan Borneo Literature Bureau, 1967) oleh Geogre Janang, menceritakan bagaimana Keling dan seorang lagi teman beliau bernama Laja berjaya melepaskan isteri mereka, Kumang dan Lulong (isteri Laja ) daripada tawanan musuh mereka, Apai Sabit Bekait.

Kedua-dua Kumang dan Lulong ditawan oleh Apai Sabit Bekait semasa mereka mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Setelah ditahan Apai Sabit Bekait menyimpan mereka di dalam sangkar besi.

Bagi orang Iban, nama Keling ini sememangnya dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat resam dan tradisi mereka. Mungkin pada hari ini Keling dan Kumang boleh dikatakan sebagai role models dalam masyarakat Iban.

Sebagai mengingati legenda Keling dan Kumang masyarakat Iban di Sarawak mengadakan pertandingan Keling Gawai bagi lelaki dan Kumang Gawai bagi wanita untuk memilih mereka yang menawan dan cantik.

Upacara ini diadakan pada tiap-tiap tahun besemperna Gawai Dayak di Sarawak. Tambahan pula aktiviti Keling dan Kumang Gawai telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pelancongan negeri Sarawak.

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia sudah tentunya sesuatu perkataan yang sama ejaan dan bunyi boleh jadi mempunyai erti yang berbeza. Namun demikian bagi masyarakat Iban di Sarawak, perkataan Keling adalah nama seseorang pahlawanan yang berani, mulia dan personaliti yang ingin dicontohi oleh setiap orang Iban di Sarawak.

Mungkin penggunaan perkataan ‘Keling’ boleh dikhaskan untuk merujuk kepada legenda masyarakat Iban di Sarawak sahaja.

Salam ceria selalu dari,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

Ingin artikel anda disiarkan sini? senang sahaja Emailkan” sahaja kepada kami.


Didn’t understand in Malay Language? just switch it on your language here.

Bookmark and Share

pengeRindu Fan Club

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLAdd to netvibesSubscribe in BloglinesAdd to The Free DictionaryAdd to PlusmoSubscribe in NewsAlloyAdd to Excite MIXAdd to netomat HubAdd to fwickiAdd to WebwagAdd to Pageflakes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s