About me dlm Bahasa Melayu

Posted: July 13, 2009 in MyDiary
Mengenai Admin weblog : Versi Bahasa Melayu
Klik untuk Translate ke : Versi Bahasa Iban
Pertama kali Blog saya ni tak semua pasal saya, kekadang ada juga yang keluar tajuk , Tapi sebelum I nak teruskan Taip “Mengenai Diri saya @ Admin Blog” I minta maaf sekiranya ada salah bahasa ke etc.

Serba Serbi mengenai “Mr J @ bungai pengrindu “

Pemilik Blog: Jacky Juing Jonathan “Mr J”

Blog Dalam Bahasa Iban : http://jacky.pengerindu.com/
Tarikh Ditubuhkan: 18th June 2008
Pekerjaan : Blogger Sepenuh Masa.
Waktu Kemuncak Online: 6pm-10pm
Hobi : Memancing
Makanan Kegemaran : Rahsia.
Bintang : Libra
Cita – cita : Usahawan yang berjaya.
Website yang selalu dilawati : , Malaysiakini , Bharian, DayakBaru , Hmetro

Saya mula melihat dunia ini dalam 23 September 1986 , dan waktu dalam 9 bulan dalam kandungan ibu I , I xtau apa itu dunia . Angin terasa ditiup dari celah telinga aku dan juga bunyi bunyian yang aku sendiri tidak tahu tiba – tiba aku terdengar suara “oh, taniah anak awak lelaki”, selepas itu doctor membersihkan badan aku dan setelah dibersihkan aku diletakkan bersebelahan dengan Ibuku dan dia senyum melihat aku. “ bang, nak bagi anak kita ni apa nama?” Tanya Ibuku kepada ayahku. “Apa kata kita letak nama Jacky sebab aku minat Jacky Chan dan tambah nama Juing dibelakang untuk memperingati Datuk Juing dahulu (selalunya nama belakang orang iban ada maksud tertentu).

Setelah itu nama aku pun dimasukkan dalam Sijil Kelahiran , ingin juga aku membantah atau ingin mencadangkan nama yang lebih indah , tetapi apakah dayaku , sedangkan aku terlalu kecil dan gigi pula belum tumbuh . Apa yang aku tahu adalah berpusing – pusing bermain – main di pangkuan Ibuku sambil melihat gelagat orang yang lebih besar dariku, dan aku terfikir , bila masa agaknya aku menjadi Besar seperti Kedua Ibubapaku.

Selepas Tiga Tahun kemudian , aku merasakan ingin berlari dan berjalan seperti kanak – kanak yang lain . Dalam seharian aku cuba berdiri dan berjalan bermula dengan merangkak tetapi aku tumbang kembali. Dengan semangat cemburu melihat rakan – rakan sebayaku 3 tahun bermain dan berkejaran aku seperti mendapat kekuatan dan aku berdiri dan berjaya memulakan 2 langkah pengerakkan selepas itu aku boleh bermain dengan rakan – rakan aku.

Masih segar dalam fikiranku apabila umurku mencecah 5 tahun , kalau tidak aku mungkin tidak berada dalam blog ini dan tidak mungkin wujud. Dipendekkan cerita waktu itu waktu pagi dan keadaan berembun tebal entah kenapa aku mengikuti Ayah aku ke kebun untuk mengambil sayuran , dan aku membawa pancing , sedang ayah aku mencari sayur aku mengambil peluang untuk memancing berhampiran , tiba – tiba aku tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai aku tak pandai berenang , aku menjerit , aku cuba untuk timbul tapi makin kuat aku menjerit makin banyak air yang aku tertelan , nasib menyebelahi aku , apabila seorang penduduk kampong aku sedang membasuh pakaian di sungai telah menyedari jeritan aku dan terus menjerit memanggil ayahku yang berada dikawasan berdekatan dan Ayahku bergegas mencapai tanganku.

Dan apabila umurku semakin meningkat , aku telah dihantar ke Tadika Cina iaitu Tadika Chung Hua . Teringat kisah mula – mula masuk tadika , aku lari dari pintu depan ke pintu belakang . Lama – kelamaan aku membiasakan diri di alam tadika tapi bila diingatkan kembali waktu komunikasi bak umpama Ayam dengan Itik . Aku cakap dalam bahasa Iban kawanku bercakap dalam bahasa Cina .hehe ..Setelah 7 tahun di alam Sekolah Cina aku menjejak kaki kea lam sekolah menengah iaitu SMK Sacred Heart English Sibu Sarawak.

Setelah habis Sekolah , aku mencuba mencari pekerjaan dan pekerjaan pertama aku adalah sebagai bell boy di Tanahmas Hotel Sibu , tidak sampai 3 bulan disitu ayah aku menelefon memberitahu bahawa aku dapat tawaran sambung belajar di Semenanjung Malaysia dan aku hanya menerima tawaran tersebut. April 2004 aku menjejak kaku ke Serdang , Selangor . Dan menyambung pelajaran di Alpha College Of Technology.

Alpha College Of Technology tempatku menimba ilmu, disana aku berjumpa dengan pelbagai bangsa lama kelamaan aku menjadi biasa . Mines shopping Complex adalah tempat pemainanku , dan aku pernah berkerja sambilan di Domino Pizza di Mines Shopping Complek . Dan aku pernah berkhidmat Di Mines Beach Resort Selama 3 bulan kerana cuti semesti dan tempat itu memang 7star dimana Ahli sukan seperti MU , F1 Artis menginap disitu.

1 more , benda yang aku tak pernah lupakan . Aku pernah berborak dalam lingkungan 20-30 patah perkataan dengan Artis Malaysia seperti AMY MASTURA dan Erra Fazira sewaktu mereka membuat shooting rancangan masak memasak . perhh Erra memang Canik dowH~ fuh~ .. tinggi lamapai.. Tapi dengan Erra Fazirra dia pulak yang menegur aku dia Tanya “ dik , Lif kat mana” … huuh.. Erra tengut aku woo.. haha.. ok .. Aku rasa cukup setakat ini I ceritakan serba sedikit tentang i. dari I lahir hingga I sekarang.

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

Link Adv RM10 Monthly :Berani TengokEjen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s