UFO Mendarat di , Larkin Johor , Malaysia

Posted: April 11, 2009 in Misteri


Click Pic untuk besarkan

EMPAT gambar yang dirakam Zamri Zain di ruang udara Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini menunjukkan objek bercahaya (dalam bulatan) yang didakwa UFO baru-baru ini.



OBJEK yang didakwa UFO (dalam bulatan) dirakam seorang pelancong Australia ketika mengambil gambar permandangan Gunung Jerai di Kedah, pada 2006.

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO).

Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru.

“Radar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

“Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita,” katanya.

Kelmarin, seorang pengurus perhubungan awam sebuah institusi pengajian tinggi, Zaid Zain, 43, serta adiknya, Zamri, 30, mendakwa melihat beberapa objek bercahaya hijau dan putih itu berlegar-legar di ruang udara Larkin sejak dua bulan lalu hingga menggemparkan penduduk di situ.

Zaid berkata, pada awalnya objek itu disangka cahaya bintang, tetapi selang beberapa hari kemudian ia kembali dengan dua tompokan cahaya yang saling bergerak ke kanan dan ke kiri dalam keadaan mendatar.

Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini.

“Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima.

“Biasanya, jika objek berkenaan mendatang kesan negatif kepada penduduk seperti radiasi, kita akan turun padang untuk menemubual saksi dan mengkaji objek terbabit,” katanya.

Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi.

“UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara,” katanya.

*Nampaknya Ruang Malaysia telah menjadi segelintir UFO mendarat ini kerana meraka (UFO) merasakan zone selamat kerana Malaysia tiada pengkaji UFO.

*Ufo/Alien/mahkluk cerdas ini sememangnya wujub , malah sudah kewujudan sejak jutaam tahun dan banyak lagi masih menjadi persoalan, Piramid siapakah yang membina, mungkin dari pertolongan UFO/makhluk cergas, Sah UFO memang Wujud , kerana tidak mungkin cuma BUMI mempunyai makluk hidup seperti Manusia, Roket buatan Manusia hanya dpt sampai ke planet Pluto, yang selebihnya kita tidak tahu, kerana alam ini luas dan tiada penghujungnya. Ulasan Bungai Pengrindu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s