Kenapa Pelajar ambil pil khayal?

Posted: April 11, 2009 in Isu Semasa

14 pelajar ambil pil khayal di sekolah ditahan

GEORGETOWN: Polis menahan 14 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Penanti, dekat sini, Khamis lalu kerana disyaki menjual dan menggunakan pil khayal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata semua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan pada kira-kira jam 4 petang.

“Kesemua mereka mengaku mengambil pil khayal itu yang dibeli di farmasi di sekitar kawasan berkenaan. Kami sudah memaklumkan hal berkenaan kepada keluarga pelajar terbabit dan Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Sukarelawan siri 1/2008.

Ayub berkata, dalam serbuan hasil maklumat orang ramai itu, polis turut merampas dua pil jenis dextromethorpan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pil berkenaan diperoleh daripada seorang pelajar yang menjual purata 40 biji pil setiap hari kepada rakan-rakannya di sekolah itu dengan harga RM1 sebiji sejak dua bulan lepas. – Bernama

wawawaw.. tergelak sebentar daku, Rm1 biji itu maybe panadol. hairan dgn budak zaman sekarang dulu zama B.P cuma tahu edar kan Rokok batang ke dalam sekolah. hak hak hak no komen. nak salahkan siapa? pelajar?sekolah?mak bapa?. anda jawap lah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s