Ahli Parlimen PKR dilarang ke Sarawak

Posted: December 27, 2008 in Isu Semasa

Ahli Parlimen PKR dilarang ke Sarawak

*Sumber MalaysiaKini

Gobalakrishnan: Saya tahu mengapa saya dilarang…

Rahmah Ghazali | Dec 26, 08 6:42pm
Terdapat dua sebab mengapa ahli Parlimen dari Semenanjung, N Gobalakrishnan dilarang masuk ke Sarawak Rabu lalu.

Menurut ahli Parlimen Padang Serai, Kedah itu, beliau dilarang masuk ke negeri itu kerana pembangkang semakin menjadi ancaman kepada kerajaan Sarawak dan juga ucapannya di Dewan Rakyat yang menghentam Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Gobalakrishnan berkata, beliau sudah banyak kali ke Sarawak sebelum ini dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan pihak imigresen negeri tersebut sehinggalah dua hari
lalu. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberi sebab berhubung larangan tersebut.

Gobalakrishnan berkata, kunjungan terbarunya ke Sarawak ialah minggu lalu di mana beliau pergi ke Lubok Antu, yang terletak di selatan bandar Kuching, untuk membantu penduduk di situ membuat persediaan untuk menyambut Krismas.

“Mengapa larangan dikena ke atas saya sekarang? Ini sudah pastinya (bermotif) politik,” katanya.

“Sejak beberapa bulan lalu, saya sudah beberapa kali mengunjungi rumah-rumah panjang dan saya mengumpul sokongan dari kalangan penduduknya, terutama dari kaum Dayak,” tambah Gobalakrishnan.

Tambahan lagi, katanya, kerajaan negeri tersebut turut menjemputnya untuk menghadiri perayaan Hari Gawai pada bulan Jun.

“Mengapa tiba-tiba saja ini berlaku?” soalnya.

‘Cabar di mahkamah’

Gobalakrishnan berkata beliau tidak akan membiarkan perkara itu begitu sahaja.

Beliau mahu mencabar larangan ke atasnya itu di Mahkamah Tinggi Kuching. Menurutnya, pihak berkuasa negeri tersebut telah melanggar Akta Imigresen.

“Mereka telah menggunakan Artikel 66 (1) di mana ketua menteri mempunyai hak untuk melarang sesiapa sahaja masuk (ke Sarawak). Tetapi di bawah artikel 66 (1)(c), sebarang individu dari sebuah badan yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan tidak boleh dilarang masuk. Dewan Rakyat adalah di bawah perlembagaan persekutuan,” hujahnya.

Rabu lalu, Gobalakrishnan dilarang masuk ke Sarawak oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Beliau ke sana untuk menghantar satu seminar anjuran PKR di luar bandar Kuching dan untuk menziarahi keluarga angkatnya (Iban) di Kapit, sebuah pekan yang terletak di tengah-tengah Sarawak, sempena perayaan Krismas.

PKR telah meningkatkan kempennya di menjelang pilihanraya negeri – diura-urakan akan diadakan pada 2010.

Pemimpin utamanya Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang semakin kuat untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Abdul Taib.

Anwar juga telah meminta barisan pemimpin kanan parti itu termasyk ahli-ahli parlimennya setiap minggu melawat Sarawak untuk menemui rakyat negeri tersebut.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat, yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak, sewaktu perbahasan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, minggu lalu.

Ketika membahaskan, Chong mendakwa Taib telah memberi projek pembinaan jalan bernilai jutaan ringgit kepada syarikat milik keluarganya CMS Group – yang pengerusinya terdiri daripada anak Taib – Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang kini menjadi menteri pelancongan.

Pemegang saham utama syarikat tersebut, termasuklah seorang lagi anak Taib – Abu Bakar Taib – selaku timbalan pengerusi – serta isteri Taib, yang menguasai syarikat tersebut.

Chong turut mengecam Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwanya gagal menyiasat perkara itu ekoran banyak projek-projek pembinaan telah diberikan kepada syarikat berkenaan oleh kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka.

Gobalakrishnan kemudiannya bangun menyokong Chong.

Katanya, beliau akan membangkitkan insiden larangan terhadapnya untuk memasuki Sarawak apabila Dewan Rakyat bersidang lagi pada Februari depan.

“Mereka telah menggunakan Artikel 66 (1) di mana ketua menteri mempunyai hak untuk melarang sesiapa sahaja masuk (ke Sarawak). Tetapi di bawah artikel 66 (1)(c), sebarang individu dari sebuah badan yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan tidak boleh dilarang masuk. Dewan Rakyat adalah di bawah perlembagaan persekutuan,” hujahnya. <–Peda Kita.. bai ati takut tudah Akik Tuai Uban nya tadi alu disekat ia bala ari PKR ke deka datai sarawak, Asai Aku AKik kitak Uban nyak yau kekasak ia diak irau amat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s