Trip To Ulu Bendul , Negeri Sembilan

Posted: June 21, 2008 in Novelku
Hakcipta terpelihara.
Dari kiri: Baby , Nana , Henry , Angah , Nida , Pojie
Duduk: heaven_eYe , Gaga
Jurukamera : Philander

“Hangpa buatpa?” sapa Angah dalam loghat Kedah kepada aku . “Aperni , xkan dah habis paper kiter xbuat apa – apa Ngah” balasku sambil menyedut rokok dengan hajat tak ingin mengenang kembali kertas perperiksaan tadi . Dengan port di depan Kolej Negeri kami berkumpul memikirkan apa nak buat , “woi ging! kita pergi Ulu Bendul nak tak?” tertiba pertanya keluar dari mulut Gaga , seorang rakan sekolej kami yang berasal dari Sabah . “Boleh , ok juga ” jawap Angah sambil memerhatikan Henry iaitu Teman Lelakinya yang berasal dari Sarawak .

“Tut…..tut…..tut…Hoi ging jadi tak petang ni nak pergi Ulu Bendul? Kalau jadi aku pergi Jumpa Pak Uda nak Kasi tau Hantar kita dengan van dia.” Pangilan daripada Gaga . “Bulih bha kalo ko” balasku dengan Trademark Sabah. Baring sejenak sambil menghembuskan asap rokok , tak kan nak pergi Ulu Bendul macam ni je? kan best kalau bawa makanan boleh makan – makan tepi jeram . Tanpa berlengah aku pergi ke rumah Angah , kebetulan rumah kami tidak lah jauh sangat bak kata perpatah “dibaling batu boleh sampai” jarak rumah plak kira – kira 100 meter.

Mata – mata atau mak – mak masyarakat di sekitar kawasan Ixora Apartment selalu memerhatikan perlakuan kami , justeru itu kami mengelarkan golongan tersebut mata – mata dan mereka sentiasa bermesyuarat tingkap tiap – tiap petang . Peduli dengan karenah mata – mata aku terus ke rumah Angah . ” Angah!!! Angah!!!” jeritku dari luar pintu . “Kejap!” suara Angah dari dalam rumah. Menunggu Angah membuka pintu sambil memerhatikan keadaan sekeliling Ixora Apartment . “Ader ape ? Kan baru pukul 2 petang ni , kitakan nak bertolak pukul 5pm kan “. Soal Angah . “Ye lah , takkan nak pergi Ulu Bendul tak bawa makanan” Tanya aku balik sambil mencari – cari mancis rokokku. ” Ok lah, yang tu ko tak payah risau aku dah bincang dengan Nida dan Baby” Jawap Angah sambil membetulkan Tudungnya. “Lerr awat hang tak habaq kat ceq awal -awal ” balasku dalam loghat Kedah.

Jam menunjukkan pukul 4 petang , kami semua seramai 9 orang telah berkumpul di hadapan rumah Pak Uda , iaitu sebagai pemandu pelancong kami ke Ulu Bendul . “Nida , mana Nana?” tanya Phil kepada Nida. “Nana? bah kajap sa mesej dia bah” jawap Nida sambil mengeluarkan Telefon Bimbitnya. “ha..Tu dia , panjang umur ko” jerit Nida ke arah Nana. Setelah semua berkumpul kami pun bertolak . Perjalanan mengambil masa 45minit dari Seremban . “Siapa bilang gadis Borneo tak menawan tak menarik hati ……la .. la” terkejut apabila Gaga menyanyikan lagu yang digubah sendiri . Kemungkinan besar setelah campur nisbah Gaga merindui Kampung halamannya di Sabah .

Permadangan Gunung – ganang yang bergitu menarik sekali dipandang dari arah luar tingkap Van . Sekali – sekala melihat monyet – monyet berkeliaran di tepi – tepi jalan sepanjang perjalanan ke Ulu Bendul. ” Pak Uda lama lagi ke?” Tanya Pojie yang berdekatan dengan tempat duduk Pak Uda. “kejap lagi dalam 5 minit sampai” balas Pak Uda sambil mendengar lagu dari kumpulan Search . “Wah! ramai nya orang” bicaraku sendiri . Tarikan pelancong ke Ulu Bendul Negeri Sembilan memang tidak dinafikan. Keindahan alam flora dan fauna masih dijaga rapi di sini .

Pak Uda mencari tempat untuk meletakkan Van , “Ok , Semua turun kita port kat sine ” kata Pak Uda . Apalagi semua bergegas turun sambil mengangkat barang – barang yang dibawa. “Pok , maoioh mai orang mandi saritu?” Tanya aku kepada Philander dalam bahasa Iban . “ba ia, bisi indu berbajik pepandai guntik ok” balas Philander sambil membetulkan cermin mata gelapnya. Kami pun berjalan ke arah yang agak terpencil sedikit ini kerana bahagian jeram – jeram untuk mandi manda telah dipenuhi pengujung . ” Pak Uda , kat situ boleh tak mandi” Tanya Baby. “Boleh , kat situ sejuk airnya” Balas Pak Uda . Tanpa berlengah lagi akulah insan pertama antara kami sembilan merasai kesejukan Air Jeram di kawasan Jeram Kak Lang Ulu Bendul . “Bussssspppp” bunyi air apabila terjunan Gaga ala Atlit Renang Malaysia . Yang perempuan pula sedang sibuk menyediakan makanan yang dibawa tadi. ” Oii! Angah , Nida , Nana , baby jom lah mandi ” Jerit Pojie . ” Ok ” jawap baby . Serentak dengan itu Angah telah mendahului kaum Hawa terjun ke sungai . Kami bermandi – manda , bergelak ketawa dan bergurau . Sedar tak sedar jam semakin mencemburui kami .

“Budak – budak jom balik , hari dah nak gelap ni ” Teriak Pak Uda dari arah Van sambil membakar rokok . Kami pun keluarlah dari jeram Kak Lang dah menyiapkan diri untuk balik , kelihatan semua mengigil kesejukan . Yang perempuan pergi ke arah lain untuk bersalin pakaian manakala kami lelaki dengan selamber bersalin disitu juga tapi cover – cover sikit manatau tup tup keluar Video bogel dalam YouTube . “Sejuk tak ging” tanya Gaga kepada kami . “Uuuiina , Sejuk juga bah air ni , lama – lama bulih jadi ais batu sa” Jawap Henry dalam loghat Sabah .

Apabila semua telah bersiap , kami pun bergerak ke arah Van Pak Uda sambil bergurau senda . Kami akan merindui Ulu Bendul , nescaya siapa yang ke Ulu Bendul Negeri Sembilan pasti akan terkilan dengan keindahannya . Bagi Sahabat saya Nida , Angah , Nana , Baby , Philander , Henry ,Pojie . Walau dimana anda berada , tidak kira status anda sekarang Hubungilah saya jika ada masa . Kata akhir dari saya ” Putus cinta lebih baik dari putus kawan” .

*Cerita di atas bukanlah rekaan semata – mata dan ianya adalah pengalaman saya sendiri .

Salam ceria ,
Mr. J
http://www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.

Link Adv RM10 Monthly :Berani TengokEjen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s